LIKE SMK Seri Bemban Facebook !

Thursday, 31 March 2011

Majlis Perasmian Anti Dadah Peringkat Sekolah

Kalau pd 28 Mac 2011 ade Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan ,  pada 29 Mac 2011 pulak sekolah telah menjalankan Majlis Perasmian Anti Dadah Peringkat Sekolah !
Orang yg dijemput untuk merasmikan majlis tu .. Encik Fuad nama nya ! Sepanajng minggu anti dadah ni , mcm2 pertandingan yg kat sekolah tu jalankan .. antaranya menulsi esei , pertandingan open office ( ape tu pun sy ta tahu la ... orang yg masuk je thu ape tu open office .. ) , lepas tu ade pertandingan melukis poster ..
Dengar cerita hadiah untuk pertandingan melukis poster tu , luamayan .. baik masuk ...

p/s : harap maklum , gmbar untuk majlis ini tak dpt d kesan sb .. gmbar ta upload lagi .. kalu ade , nty kami akan postkan ..

Majlis Watikah Perlantikan

Pada hari Isnin lalu , sekolah kami ( SMK Seri Bemban ) telah menjalankan sebuah majlis . Majlis tu , ckg kat skula ckp WATIKAH PERLANTIKAN . Pada 28 Mac 2011 .
Tapi , mne pegawai polis tu , kitorang ta thu la .. ( ops ! sorry ! sb , sy ta dtg hari Isnin tu .. na tnye orang lain .. Smua da lupe ... adess .. )

Majlis ni d'rasmi kan oleh Encik Polis tu .. Pengetua ade , GPK HEM ade , GPK 1 ade ( sorry trbalik ... ) GPK Koku ade .. Semua cikhu pun ade la kat situ ..
Majlis ni nak melantik pengawas2 sekolah dan exco2 nye ( betol ke exco ? )
dan juga para pustakawan ..

Berikut adalah saat2 semasa majlis tersebut ... d'persilakan tgk ...


semua pengawas sekolah say "cheese!!"


pustakawan pun , senyum ! :)

                                      Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SMKSB
             



Pengawas sekolah tgh bace ikrar tu .. FOKUSS ..

Fuhhh ! Trpegun ke tgk Encik Polis tu ?

Misi Sekolah

Untuk mencapai tahap kecemerlangan , SMK Seri Bemban akan berusaha:
1. Melahirkan pelajr cemerlang hasil Pengajaran dan Pembelajaran yg berkualiti
2. Sentiasa meningkatkan pencapaian kokurikulum di semua peringkat
3. Meningkatkan sahsiah pelajar yg terpuji lagi berketerampilan
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yg ceria , selamat , dan kondusif
5. Menjadikan pengurusan dan pentadbiran sekolah cekap dan berkesan
6. Meningkatkan pembangunan staf melalui embudayaan ilmu

Visi Sekolah

SMK Seri Bemban Ceria , Harmoni , Berbudaya , Cemerlang

Friday, 25 March 2011

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 di sebidang tanah seluas 16 ekar di kawasan Ayer Panas (kini dikenali sebagai Bemban) di bawah N24 DUN Bemban. SMK Seri Bemban terdiri daripada beberapa blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Bilik TINGKATAN, Blok Bengkel, Pusat Sumber dan Makmal Sains. Sekolah ini dibina bersama dengan beberapa kemudahan iaitu sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian dan sebuah pondok pengawal di hadapan pintu masuk.
Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban telah berkembang selepas ianya disiap sepenuhnya pada bulan Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, seramai 138 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini disertai dengan 14 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Pengetua yang pertama pada ketika itu ialah Cik Shaleha Binti Abdol yang telah memimpin dan mentadbir SMK Seri Bemban selama 3 tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003.
Pertukaran pengetua seterusnya dibuat apabila Puan Hajah Zariyah Binti Haji Daud mengambil alih jawatan pengetua sebagai pengetua yang kedua. Beliau telah mentadbir selama 1 ½ tahun iaitu dari tahun 2004 sehingga September 2006. Kapasiti pelajar, guru dan kakitangan sokongan bertambah dari tahun ke tahun sehinggalah kini. Jawatan pengetua telah diambil alih oleh Puan Hajah Rukiah Binti Mustakim sebagai pengetua yang ketiga daripada Puan Hajah Zariyah. Beliau telah mentadbir dari September 2006 sehingga Februari 2009.Selepas itu,jawatan pengetua pula disandang pula oleh En. Md.Isa B. Salleh pada tahun Februari 2009 hingga September 2010.Kini,jawatan pengetuan disandang oleh En.Ahmad Kamal B.Md. Don. (pengetua baru pd tahun 2010)