LIKE SMK Seri Bemban Facebook !

Friday, 25 March 2011

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 di sebidang tanah seluas 16 ekar di kawasan Ayer Panas (kini dikenali sebagai Bemban) di bawah N24 DUN Bemban. SMK Seri Bemban terdiri daripada beberapa blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Bilik TINGKATAN, Blok Bengkel, Pusat Sumber dan Makmal Sains. Sekolah ini dibina bersama dengan beberapa kemudahan iaitu sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian dan sebuah pondok pengawal di hadapan pintu masuk.
Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban telah berkembang selepas ianya disiap sepenuhnya pada bulan Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, seramai 138 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini disertai dengan 14 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Pengetua yang pertama pada ketika itu ialah Cik Shaleha Binti Abdol yang telah memimpin dan mentadbir SMK Seri Bemban selama 3 tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003.
Pertukaran pengetua seterusnya dibuat apabila Puan Hajah Zariyah Binti Haji Daud mengambil alih jawatan pengetua sebagai pengetua yang kedua. Beliau telah mentadbir selama 1 ½ tahun iaitu dari tahun 2004 sehingga September 2006. Kapasiti pelajar, guru dan kakitangan sokongan bertambah dari tahun ke tahun sehinggalah kini. Jawatan pengetua telah diambil alih oleh Puan Hajah Rukiah Binti Mustakim sebagai pengetua yang ketiga daripada Puan Hajah Zariyah. Beliau telah mentadbir dari September 2006 sehingga Februari 2009.Selepas itu,jawatan pengetua pula disandang pula oleh En. Md.Isa B. Salleh pada tahun Februari 2009 hingga September 2010.Kini,jawatan pengetuan disandang oleh En.Ahmad Kamal B.Md. Don. (pengetua baru pd tahun 2010)

No comments:

Post a Comment